Monday, August 30, 2010

bila doaku dimakbulkan





Baru sahaja kini ku rasakan hati ku tenang. Seperti sekuntum bunga mawar merah jambu yang suci bersih beserta haruman yang sungguh istimewa. Apa yang ku doakan? Hanya hati ini yang tahu. Setiap malam ku lafazkan kata-kata itu tatkala diri yang kotor ini menadahkan tangan bertemu-Nya. Tiap saat ku kira, mungkinkah masa itu akan sampai? Mungkinkah doaku dimakbulkan kelak? Namun hari-hari mendatangnya kelihatan sukar dan mungkin tiada harapan. Namun bila semalam datang menjenguk ku, seakan-akan satu keajaiban telah berlaku. Ya Tuhan, kecilnya diriku ini. Besar sungguh Rahmat-Mu kali ini. Semoga Kau terus menjaganya. Dari dulu ku bernazar, jika hari semalam datang jua, akan ku berhenti melakukan perkara-perkara yang mungkin telah mecuri 3/4 dari masa-masa ku. Kini ku bersyukur, aku punya keluarga yang sangat bahagia dan sentiasa berada di sisi ku. Ah, tiada lain yang dapat menggantikan mereka. Kekuatan ku datangnya dari genggaman tangan ayah, pelukan erat ibuku dan ciuman dahi dari adik-adikku yang lagaknya seperti abang-abangku. Cukupla sekadar ini sahaja warna-warna hidupku. Aku tak memerlukan warna-warna asing yang lain. Ya Tuhan, aku mohon kepadaMu, jangan pula Kau mengambil sebahagian dari warna-warna ini dariku. Cukuplah satu warna yang telah Kau padamkan. Cukuplah..kerana aku ingin terus menjadi mawar merah jambu yang kekal kesegarannya dan kesuciannya :)




Sunday, August 22, 2010

gurl with a touch of style


Semua perempuan suka bergaya bukan?
Well, at least i do!
It's not about glamour or attracting guys.
Somehow, that's how some people express their feelings.
It's an art!
She sooooo stylish as a Muslimah.
If I have a pocket full of money, I'll be just as stylish as her.
Dream to have my own fashion line! :P
Someday..maybe.. Who knows?
Just want you to met her too:



Saturday, August 21, 2010

When Your Birthday Rolls Around



When Your Birthday Rolls Around

Because you mean so much to me,
I celebrate your birth.
Sharing time and space with you,
Rings my bell for all it’s worth.

Whenever your birthday rolls around,
I contemplate once more,
How happy I am that you were born;
The thought makes my heart soar.

I wish your birthdays happened more,
So I could let you know,
How very much you mean to me,
And so I could tell you so!

Dear brother A'at, Happy Birthday!

Friday, August 20, 2010

today im sad



Why in the world are YOU throwing us away?? Ape ke halnya ramai sgt baby kene buang sejak dua menjak ni? aih, kalo aku jumpe la wanita2 itu, memang eihhhhhhhhh tarik telinga la! Korang ingat beranak tuh senang ke? takkan secebis rase sayang pun takde dik oi? kot ye pun dah buat keje kotor, sedekah kan la baby tuh baik2 pada pihak yg lebih bertanggungjawab. Bukan la nak kata kamu sendiri tak bertanggungjawab kan..tapi, nampak macam tu la. Buat 'keje' je ke pandai? haiih hot tol la nyah! Ramai lagi orang kat luar tu tak boleh mengandung tau tak? Ramai lagi nakkan makhluk Tuhan yang comel ni dalam kehidupan mereka. Apa faedah kamu buang? Nak dikenakan balasan dunia akhirat?? Bila Tuhan murka nanti, jangan menyesal dengan bala yang ditimpanya. Nauzubillah! Mintak dijauhkan.



Wednesday, August 18, 2010

kalaula math sesenang ni......


ahahhahahahhahahaha.. ada ke org buat camni? sah macho gell org tuh :P


owh and yes, :)

Tuesday, August 17, 2010

Tips Rumahtangga – Mengikut Isteri Shopping





amboih mak ngah.. mentang2 nak raya, mata bagai nak rak melilau cari kain baju baru eyh? Biasa kite tgk kan, tgh sibuk2 bini godek2 baju baru, brg2 umah baru or kuih muih utk raya, mesti si somi pulak dok tepi, pandang kiri kanan [dgn muka tertonjol ke-bosanan]. Dlm hati mesti dia sound, "giler lama pempuan ni soping". Dah tau pempuan suka soping, pe kata take advantage dari situ..ni la time nak bermanja-manja, nak rapatkan sillaturrahim.. everything is about STRATEGIES~! haaaaaa...ni la godek encik google, jumpe plak blog masyuk ni.. haaaaa, baca jgn tak baca. Pentingla tips utk somi menceriakn umahtangga [tak kisah la, korang dah kawen ke belom ke-utk future gak kan?] huhu~ Enjoy it!



  1. Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika dia terhibur, barang yang dia akan beli lebih “masak” proses dia membuat keputusan. Jika niat ini benar-benar dari suami, ia terpancar ke muka walau pun ada seketika timbul perasan menyampah.. tetapi kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti. Teruskan niat ini disepanjang sesi shopping ini bahawa “sebagai suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala”.
  2. Kosongkan aktiviti pada hari itu melainkan semata-mata untuk bersamanya. Jangan ada sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas shopping. Kerana, waktu “kecederaan” yang diambil oleh isteri ini, biasanya, melebihi 20-50% dari yang dijanjikan. Yang dibimbangkan nanti ialah orang yang dijanji telah menunggu tetapi isteri masih berbaris di kaunter bayaran. Akhirnya kemanisan yang dikecapi selama 4 jam tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit.
  3. Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama. Terhindar dari gangguan.
  4. Semasa berkereta dalam perjalanan ke komplek membeli belah eloklah tanyakan kepada isteri …apa barang yang ingin beli, apa kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika kehendak pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan. . ( jangan terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga bagi satu jenis barang.. termasuk jenis barang yang sama yang terdapat di England sekali). Ini akan menyebabkan isteri anda lebih bersedia dan lebih melonjak keseronokannya.
  5. Tiba di kedai , buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan dia sendirian sambil suami pula merayau ke kedai lain.
  6. Kalau dia meminta “second opinion” dengan kata-katanya, “Cantik tak abang kain ni untuk saya”…? Berilah pandangan dengan kata- kata, “Pada pandangan abang …..” Jangan terus kata, “OK ! .. Lawa..” . Kemudian senyap. Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini mengecewakannya. Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai astetiknya termasuk nilai budaya, nilai emosi. Sebab faktor harga adalah penilaian terakhir bari mereka. Mereka sanggup berbelanja lebih jika barangan itu memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
  7. Mata tu jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang sedang bershopping. Dia nampak tau. Tapi suami dibolehkan mengusik jurujual-jurujual wanita dengan alasan untuk membantunya mendapatkan potongan harga.
  8. Bila tiba di rumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang telah dibeli tadi. Pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia kerana bijak memilih barangan itu.
  9. PERHATIAN: Sebelum isteri anda mencuba pakaian luar atau dalam di tempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai , suami hendaklah masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang merakam dan menyebar ke dalam internet.


Taken from : http://www.kujie2.com/ [Sila lah singgah sini..best!]

sahur sahur sahur~!!

gud morning sweethearts~! hehehe bangun awal la pulak kan arini? wow, amazing! [tanpa org lain kejut tuh] tolong puji saye ye. hehehe~! ni bukan apa beb, i dari malam tadi tunggu assignment presentation yg kene present petang ni kul 2pm..tak masuk2 dlm email inbox. ni bangun kul 4am pon takde lagi.. sesak arh weyh. mampuih hok petang ni nak present apa nyo~ ecececece kecek utara nampak? ni sume gara2 tengok shamsul ngau ngau gi bazar kangar la ni. tadi sahur masakn smalam yg tak abeh laie. perabehkan sume deyh. sonang kojo. zero pembaziran [bunyi cam inflasi sifar lak deyh]. ngehehehe~ ekau bangun sahur dok? haaaa mesti tak ni kan? tersengih kambing je tuh. ngehehehe~ erm ni cane ni assignment tak sampek2 lagi ni? beb, nanti nak gi ward nanti, tak sempat la nanti ni. aigoo~ ko jgn kene present kul 2pm sampek assignmentnye kul 12.30pm. mampuih la lagu nu. okey2 sangat tak seswai ko kecek utara oke. sila stick pada ke-jawaan mu je tuh. huhuhu~ okeyla, daripada korang dengar aku membebel je pepagi buta ni, baikla kowang mengisi masa lapang abehkan 30 Juz Quran tuh kan? kekeke~ ckp je pandai, gua sendiri tak abeh laie.. kekekeke :P oke, see u sooonnnnn~!


owh and yes, :)

Monday, August 16, 2010

dear beloved brother..

When you're reading this, please make sure Mom doesn't know bout this.. hehe :) oi akak dah baca kot blog u bro.. hehe sweet. i never thought u have been keeping that 'keinginan' of yours a secret. [another secret eyh?] hehe anyway, just want you to know, sorry that i don't end up making tons of delicious food like before [yg mcm2 recepi akak tulis dlm previous blog tuh]. It's just sebab time constraint. well, kalo tak mmg akak nak buat mcm2 pon utk u bro. hehe.. sbb akak busy je ni tak sempat do everything. but i'll make sure everytime akak balik weekend i'll bake something for you slagi bro kat mesia lagi ni. kang kat Mesir, takde air tangan akak pon tau? hehe.. so sorry again. this is how doctors life will be one day. sometimes, i've been thinking, kalau la husband akak bukan doctor, boleh ke dia trima kerjaya akak yg busy ni kan? mungkin tak balik umah pon malam. there's just so many things bermain dlm otak ni haa.. what if~~ what if~~ what if~~ [sometimes its easier to live alone kan?] hehe.. but don't worry, sebusy-busy akak pon, i'll never forget bout my beloved brothers. i'll take care of you and i'll be there for you whenever or where ever i am. [OR who i am with :P] just don't hesitate to ask me favors! [lepas settle prob, sila blanja akak ais krim oke?] hehehe.. anyway, that's it for now. akak macho loves u bro.. hehe [and thanks slalu ckp akak lawa :P] ---blushing--



owh and yes, :)