Baru sahaja kini ku rasakan hati ku tenang. Seperti sekuntum bunga mawar merah jambu yang suci bersih beserta haruman yang sungguh istimewa. Apa yang ku doakan? Hanya hati ini yang tahu. Setiap malam ku lafazkan kata-kata itu tatkala diri yang kotor ini menadahkan tangan bertemu-Nya. Tiap saat ku kira, mungkinkah masa itu akan sampai? Mungkinkah doaku dimakbulkan kelak? Namun hari-hari mendatangnya kelihatan sukar dan mungkin tiada harapan. Namun bila semalam datang menjenguk ku, seakan-akan satu keajaiban telah berlaku. Ya Tuhan, kecilnya diriku ini. Besar sungguh Rahmat-Mu kali ini. Semoga Kau terus menjaganya. Dari dulu ku bernazar, jika hari semalam datang jua, akan ku berhenti melakukan perkara-perkara yang mungkin telah mecuri 3/4 dari masa-masa ku. Kini ku bersyukur, aku punya keluarga yang sangat bahagia dan sentiasa berada di sisi ku. Ah, tiada lain yang dapat menggantikan mereka. Kekuatan ku datangnya dari genggaman tangan ayah, pelukan erat ibuku dan ciuman dahi dari adik-adikku yang lagaknya seperti abang-abangku. Cukupla sekadar ini sahaja warna-warna hidupku. Aku tak memerlukan warna-warna asing yang lain. Ya Tuhan, aku mohon kepadaMu, jangan pula Kau mengambil sebahagian dari warna-warna ini dariku. Cukuplah satu warna yang telah Kau padamkan. Cukuplah..kerana aku ingin terus menjadi mawar merah jambu yang kekal kesegarannya dan kesuciannya :)
Monday, August 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
patutla xdtg arini...ahahahhaa...semoga happy sentiasa
ameen... nice.. =)
Post a Comment