Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

Hijab: Modified Qatari Style



People are starting to take shawls seriously but that doesn't mean you can't create something simple-effortless-stunning style with 'tudung bawal' or other square-shape scarf. Old fashion scarf can be as high fashion as other hijab nowadays! So, chill la kalau you girls rasa "owh, everyone is looking good in their new shawls..but, not me with my old tak-bertukar2 punya tudung ni." Na'aaaaaa~! No more doubts girls. You just have to wear it differently. And not sedaya-upaya kumpul duit beli shawl baru just to look like others. Trust me. I still wear whatever I wore 9 years ago for any occasions. haha. So, grab your form 1 scarf, and work it out! I'm sure your colleagues would ask you, "Tudung baru ke??" Please jangan rasa diri anda tak menarik. Tak bestla muda-muda dah rasa cam hopeless kan? I'm just sharing something to boost your self confidence girls..or adik2..hehe. No offence ye? :)




























owh nak muntah tgk muka sendiri. sorry for the annoying face lah eyh. haha.



Monday, October 25, 2010

Long or Loose?




Some of my friends asked me how to wear Pashmina.
So, dear friends, this is just a perfect video [obviously not made by me] for you.
Hope it helps you girls out there!
Have a happy try!



Anyway, thanks to Hana Tajima from StyleCovered.
She's my idol! Inspiration~ :)



Wednesday, September 1, 2010

cry baby or cry granny?


Who said that it is not good to cry? [was it me?] Nope, tell you the truth la kan, I'm a crier! But I don't show it to others. [DUHHHHHH~ didn't I?] Well, not in front of my brothers I guess. hahahaa~! :P


People cry not to seek attention. Kadang-kadang it's how they release their tension. Betul tak girls? Ada tak masa yang korang rasa semua mende tak betul. Rasa nak nangis je. Malam2 peluk bantal tutup lampu sooooorbb...sooooorbb... [Don't lie laaa, I know beb] hahaha~ Then, keesokkan harinya, lepas masuk toilet.. "o'oooo...sape ada 'pampers' lebih?" ngeh3~ yup hormonal imbalance was one of the cause woman cry a lot! Well yes, it's definitely from experienced~! hahahahahaha~


Talking about crying, this morning during my bedside teaching we were asked to demonstrate physical examination on a 68 year old woman [admitted due to motor vehicle accident and had sustained tibial fracture]. She was so scared when specialist said that she will be needed to undergo a surgery for internal fixation insertion. Lalu, makcik ni pun menangis sambil berkata, "Makcik bukan apa doktor, makcik dah tua-tua ni, tak larat dah. Nak buat operation takut doktor. Dahla Ibu tunggal, anak ramai. Bila disuruh buat operation, anak2 semua setuju jer. Makcik yang takut ni sebab makcik yang kene alami operation tu. Nape sorang pun tak dengar apa yang makcik cakap? Nape takde sape yang sokong cakap makcik?". She continues to cry. Saya sebenarnya tak boleh tengok orang tua menangis. Rasa macam sedihnya la. Sayu hati ni. Rasa nak je duduk sebelah makcik tu, peluk dia and nasihat betul2. Sometimes, they don't need you to decide, they need you to listen and convince them for the better option. So, they themselves could decide. Besides, psychologically, being a good listener does help people from suicide attempt. Trust me. :)



Tuesday, August 17, 2010

Tips Rumahtangga – Mengikut Isteri Shopping





amboih mak ngah.. mentang2 nak raya, mata bagai nak rak melilau cari kain baju baru eyh? Biasa kite tgk kan, tgh sibuk2 bini godek2 baju baru, brg2 umah baru or kuih muih utk raya, mesti si somi pulak dok tepi, pandang kiri kanan [dgn muka tertonjol ke-bosanan]. Dlm hati mesti dia sound, "giler lama pempuan ni soping". Dah tau pempuan suka soping, pe kata take advantage dari situ..ni la time nak bermanja-manja, nak rapatkan sillaturrahim.. everything is about STRATEGIES~! haaaaaa...ni la godek encik google, jumpe plak blog masyuk ni.. haaaaa, baca jgn tak baca. Pentingla tips utk somi menceriakn umahtangga [tak kisah la, korang dah kawen ke belom ke-utk future gak kan?] huhu~ Enjoy it!



  1. Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika dia terhibur, barang yang dia akan beli lebih “masak” proses dia membuat keputusan. Jika niat ini benar-benar dari suami, ia terpancar ke muka walau pun ada seketika timbul perasan menyampah.. tetapi kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti. Teruskan niat ini disepanjang sesi shopping ini bahawa “sebagai suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala”.
  2. Kosongkan aktiviti pada hari itu melainkan semata-mata untuk bersamanya. Jangan ada sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas shopping. Kerana, waktu “kecederaan” yang diambil oleh isteri ini, biasanya, melebihi 20-50% dari yang dijanjikan. Yang dibimbangkan nanti ialah orang yang dijanji telah menunggu tetapi isteri masih berbaris di kaunter bayaran. Akhirnya kemanisan yang dikecapi selama 4 jam tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit.
  3. Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama. Terhindar dari gangguan.
  4. Semasa berkereta dalam perjalanan ke komplek membeli belah eloklah tanyakan kepada isteri …apa barang yang ingin beli, apa kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika kehendak pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan. . ( jangan terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga bagi satu jenis barang.. termasuk jenis barang yang sama yang terdapat di England sekali). Ini akan menyebabkan isteri anda lebih bersedia dan lebih melonjak keseronokannya.
  5. Tiba di kedai , buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan dia sendirian sambil suami pula merayau ke kedai lain.
  6. Kalau dia meminta “second opinion” dengan kata-katanya, “Cantik tak abang kain ni untuk saya”…? Berilah pandangan dengan kata- kata, “Pada pandangan abang …..” Jangan terus kata, “OK ! .. Lawa..” . Kemudian senyap. Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini mengecewakannya. Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai astetiknya termasuk nilai budaya, nilai emosi. Sebab faktor harga adalah penilaian terakhir bari mereka. Mereka sanggup berbelanja lebih jika barangan itu memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
  7. Mata tu jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang sedang bershopping. Dia nampak tau. Tapi suami dibolehkan mengusik jurujual-jurujual wanita dengan alasan untuk membantunya mendapatkan potongan harga.
  8. Bila tiba di rumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang telah dibeli tadi. Pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia kerana bijak memilih barangan itu.
  9. PERHATIAN: Sebelum isteri anda mencuba pakaian luar atau dalam di tempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai , suami hendaklah masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang merakam dan menyebar ke dalam internet.


Taken from : http://www.kujie2.com/ [Sila lah singgah sini..best!]