Tuesday, August 17, 2010

Tips Rumahtangga – Mengikut Isteri Shopping





amboih mak ngah.. mentang2 nak raya, mata bagai nak rak melilau cari kain baju baru eyh? Biasa kite tgk kan, tgh sibuk2 bini godek2 baju baru, brg2 umah baru or kuih muih utk raya, mesti si somi pulak dok tepi, pandang kiri kanan [dgn muka tertonjol ke-bosanan]. Dlm hati mesti dia sound, "giler lama pempuan ni soping". Dah tau pempuan suka soping, pe kata take advantage dari situ..ni la time nak bermanja-manja, nak rapatkan sillaturrahim.. everything is about STRATEGIES~! haaaaaa...ni la godek encik google, jumpe plak blog masyuk ni.. haaaaa, baca jgn tak baca. Pentingla tips utk somi menceriakn umahtangga [tak kisah la, korang dah kawen ke belom ke-utk future gak kan?] huhu~ Enjoy it!



  1. Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika dia terhibur, barang yang dia akan beli lebih “masak” proses dia membuat keputusan. Jika niat ini benar-benar dari suami, ia terpancar ke muka walau pun ada seketika timbul perasan menyampah.. tetapi kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti. Teruskan niat ini disepanjang sesi shopping ini bahawa “sebagai suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala”.
  2. Kosongkan aktiviti pada hari itu melainkan semata-mata untuk bersamanya. Jangan ada sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas shopping. Kerana, waktu “kecederaan” yang diambil oleh isteri ini, biasanya, melebihi 20-50% dari yang dijanjikan. Yang dibimbangkan nanti ialah orang yang dijanji telah menunggu tetapi isteri masih berbaris di kaunter bayaran. Akhirnya kemanisan yang dikecapi selama 4 jam tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit.
  3. Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama. Terhindar dari gangguan.
  4. Semasa berkereta dalam perjalanan ke komplek membeli belah eloklah tanyakan kepada isteri …apa barang yang ingin beli, apa kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika kehendak pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan. . ( jangan terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga bagi satu jenis barang.. termasuk jenis barang yang sama yang terdapat di England sekali). Ini akan menyebabkan isteri anda lebih bersedia dan lebih melonjak keseronokannya.
  5. Tiba di kedai , buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan dia sendirian sambil suami pula merayau ke kedai lain.
  6. Kalau dia meminta “second opinion” dengan kata-katanya, “Cantik tak abang kain ni untuk saya”…? Berilah pandangan dengan kata- kata, “Pada pandangan abang …..” Jangan terus kata, “OK ! .. Lawa..” . Kemudian senyap. Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini mengecewakannya. Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai astetiknya termasuk nilai budaya, nilai emosi. Sebab faktor harga adalah penilaian terakhir bari mereka. Mereka sanggup berbelanja lebih jika barangan itu memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
  7. Mata tu jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang sedang bershopping. Dia nampak tau. Tapi suami dibolehkan mengusik jurujual-jurujual wanita dengan alasan untuk membantunya mendapatkan potongan harga.
  8. Bila tiba di rumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang telah dibeli tadi. Pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia kerana bijak memilih barangan itu.
  9. PERHATIAN: Sebelum isteri anda mencuba pakaian luar atau dalam di tempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai , suami hendaklah masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang merakam dan menyebar ke dalam internet.


Taken from : http://www.kujie2.com/ [Sila lah singgah sini..best!]

0 comments: